5 Tips Tingkatkan Kualiti Udara Dalam Rumah

Sudah lebih setahun kita rakyat Malaysia diperintahkan untuk ‘Stay at Home’ akibat daripada wabak Covid-19 yang merebak dengan dasyatnya bukan sahaja di negara tercinta bahkan satu dunia.
Boleh dikatakan 95% daripada masa kita berada di dalam rumah berbanding di luar dan inilah fakta sebenarnya; kualiti udara di dalam rumah adalah 5-7 kali lebih teruk berbanding di luar.


Adakah anda sedar atau pun buat tidak endah sahaja tentang kebersihan udara di dalam rumah yang disedut anda dan keluarga sepanjang hari?
Lima tips pembersihan ini mungkin boleh membantu meningkatkan kualiti rumah anda, dan udara anda.

Sapu atau vakum rumah sekurang-kurangnya 2 kali seminggu

Habuk-habuk kasar dan halus dan kotoran yang berada di lantai datangnya daripada fabrik seperti langsir, sofa, baju dan sebagainya. Habuk-habuk halus yang berterbangan ini akan terkumpul bersama-sama virus & kuman lalu jatuh ke lantai. Pastikan rumah sentiasa dalam keadaan bersih bagi mengelakkan ahli keluarga terkena jangkitan penyakit lain.

Buka tingkap

Rumah yang sentiasa tertutup akan menyebabkan pengaliran udara tidak lancar. Buka tingkap untuk membolehkan pengudaraan dengan udara luar yang bersih. Udara di dalam rumah akan berasa lebih segar dan kurang berbahang. Pastikan juga bukaan kecil pada tingkap bila penghawa dingin digunakan.

Lakukan pembersihan terhadap barangan berfabrik

Umum diketahui bahawa barangan berfabrik seperti baju, langsir, sofa dan sebagainya adalah sumber kepada terbentuknya habuk di dalam rumah walaupun anda menutup rapat tingkap 24 jam! Ada kemungkinan barangan berfabrik ini mungkin melekat bersama virus atau kuman yang tidak diingini yang mungkin boleh menyebabkan merebaknya penyakit terhadap ahli keluarga anda. Boleh juga jika anda gantikan langsir dengan ‘blinds’ yang boleh dibersihkan secara kerap.

Tanam pokok dalam rumah

Boleh cuba untuk letakkan tanaman dalam rumah seperti ‘snakeplant’, ‘bamboo plants’, ‘fiddle-fig leaf plant’, ‘golden pothos’ & sebagainya. Ini kerana pokok-pokok ini akan menyedut Karbon Dioksida dan melepaskan Oksigen di dalam rumah. Udara akan lebih bersih dan nyaman.

Laburkan sedikit wang untuk penulen udara yang menggunakan filter HEPA

Penulen udara filter HEPA  boleh membantu melancarkan aliran udara di dalam rumah dan meningkatkan kualiti udara dengan menapis habuk kasar & halus, partikel-partikel halus seperti jerebu, virus, dan mengurangkan risiko penyakit bawaan udara yang lain.

Jika artikel ini bermanfaat untuk anda, boleh share kepada rakan-rakan yang lain untuk sama-sama dapat kebaikan.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Call Sekarang