Adakah Servis Tilam Penting Untuk Rumah & Kesihatan?

Walaupun anda kerap membersihkan rumah dengan baik, tetapi saya pasti anda mungkin terlepas satu kawasan yang sangat penting yang akan memberi kesan kepada kualiti udara di dalam rumah iaitu TILAM. Semasa tidur, badan kita menghasilkan setengah liter peluh dan membuang anggaran sebanyak 1 gram kulit. Tilam anda akan menjadi sarang pembiakan bakteria, kulat dan juga hama yang makan kulit mati anda.

Jadi, tidak mustahil untuk katakan tilam anda adalah tempat paling kotor di dalam rumah.

Sebab perlunya servis tilam?

Walaupun anda menggunakan alas tilam di atas tilam, ianya masih perlu dibersihkan kerana minyak badan, kulit mati, hama, peluh, dan partikel lain dari haiwan peliharaan masih akan berada di tilam. Material kain yang digunakan pada tilam kebanyakannya tidak dibuat agar tahan kotor dan sebab paling utama untuk membersihkan tempat tidur adalah untuk menyahkan kotoran dan membasmi kuman.

Kualiti udara dalam rumah yang lebih sihat & bersih

Orang dewasa memerlukan tidur sekurang-kurangnya lapan jam setiap hari, yang bersamaan dengan 1/3 kehidupan anda. Ketika anda berbaring di tempat tidur anda pada waktu malam, ia mengeluarkan sedikit zarah debu yang boleh mengakibatkan kualiti udara dalam rumah jadi rendah dan menyebabkan masalah kesihatan seperti kerengsaan mata, tekak, batuk, sesak nafas, mata berair, dan keletihan.

Tidur jadi lebih lena & tenang

Menggunakan tilam yang bersih dapat membantu anda tidur dengan lebih tenang, selesa & lena. Anda tahu anda tidak tidur bersama dengan debu, serpihan kulit mati dan berjuta-juta hama debu. Tidur malam yang baik dapat membantu meningkatkan kesejahteraan emosi dan kesihatan fizikal, jadi tilam bersih sesuai untuk kesihatan anda.

Kurangkan reaksi alahan pada ahli keluarga anda

Mungkin anda atau di kalangan ahli keluarga anda mempunyai reaksi alahan terhadap kotoran seperti habuk atau debunga. Sekiranya anda ingin mengurangkan reaksi alahan di kalangan keluarga anda, anda mungkin perlu membersihkan rumah anda dengan kerap termasuklah tilam anda.

Sebahagian besar masa manusia akan digunakan untuk berada di atas tilam. Anda boleh menghabiskan masa sehingga 8 jam atau lebih berada di atas perabot ini setiap hari. Oleh itu, anda harus menjaga kebersihannya, supaya anda dapat mengelakkan reaksi alahan yang mungkin berlaku di dalam badan anda.

Menjimatkan kos & poket anda

Harga sebuah tilam yang berkualiti adalah mahal. Harga purata tilam adalah antara RM300 sehingga mencecah ribuan ringgit. Sekiranya anda tidak menjaga tilam anda, ianya hanya dapat bertahan dengan jangka hayat 5-7 tahun. Membersihkan dan memusingkan tilam anda dapat meningkatkan jangka hayat tilam sehingga 20 tahun!

Berapa Kerap Perlu Tilam Dibersihkan

Sebahagian besar dari kita hanya menutup mata atau tidak ambil peduli terhadap apa sahaja yang ada di tilam kita atau tidak memikirkannya sama sekali setelah kita menanggalkan cadar dan memasukkannya ke dalam mesin basuh.

Tempat tidur itu sendiri perlu dicuci sekurang-kurangnya sekali seminggu untuk mengurangkan kuantiti peluh, minyak, kulit, dan cecair yang memasuki tilam. Bantal anda harus dibersihkan sekurang-kurangnya dua kali setahun.

Dan tilam pula lebih baik dibersihkan sekurang-kurangnya setiap 4 bulan untuk mengurangkan pembiakan hama.

Dapatkan Tilam Coway beserta Servis 7 Langkah setiap 4 bulan atau boleh dapatkan Servis Tilam(Promosi Buy 1 Free 1) sahaja jika anda tidak menggunakan tilam Coway.

Promosi dari 1 Oktober 2021 – 28 Oktober 2021

Jika anda mempunyai sebarang persoalan berkenaan tilam Coway ataupun servis tilam, boleh tekan gambar di bawah untuk terus whatsapp Yusof

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Call Sekarang