Adakah Udara Di Pejabat Merosakkan Otak Anda?

Umum diketahui bahawa adalah tidak sihat untuk menghirup udara kotor dalam jangka masa yang panjang berhampiran jalan besar, persimpangan jalan dan hab perindustrian. Tapi lebih membimbangkan adalah realitinya kualiti udara di dalam rumah atau premis adalah jauh lebih teruk!

Udara yang terperangkap di dalam bangunan tertutup mengandungi bahan pencemar yang sama seperti udara di luar, tetapi ia juga memerangkap semua karbon dioksida yang dihembus oleh manusia. Ramai yang tidak sedar atau sengaja tidak mahu ambil tahu walhal majoriti kita banyak menghabiskan masa di ruangan tertutup seperti pejabat dan bilik darjah.

Bukan sahaja udara ini lebih tidak sihat daripada udara di luar, tetapi kualiti udara yang rendah di tempat kerja juga telah terbukti mengurangkan fungsi kognitif — penapis udara dapat membantu.

Udara di pejabat anda membuatkan orang lebih bodoh?

Satu kajian baru mendapati bahawa pendedahan kronik kepada bahan zarah halus seperti karbon dioksida menyebabkan masa tindak balas seseorang itu akan menjadi lebih perlahan dan mengurangkan ketepatan pada ujian fungsi kognitif.

Pastinya orang yang bekerja di pejabat sering mengira detik waktu rehat makan tengah hari, kadangkala keluar lebih awal untuk secawan kopi sebagai alasan untuk mendapatkan udara segar bagi mendapatkan kesegaran dan memulihkan tenaga mereka. Tingkatkan kesihatan, fungsi kognitif dan kecekapan pekerja anda dengan memasang sistem penapisan udara di pejabat dan tingkatkan kualiti udara di tempat kerja.

Penapis udara Lombok 3 untuk ruang pejabat

Lombok 3 sesuai untuk tingkatkan kualiti udara di dalam pejabat, direka dengan rangkaian teknologi penapisan yang membekalkan anda udara bersih dengan lebih cepat dan membantu anda menghirup udara terbaik dengan lebih mudah.

Penapis udara Coway Lombok 3 dengan teknologi penapis Double HEPA menawarkan perlindungan berganda dengan salutan antibakteria Kuprum (Cu) dan Antikulat. Penapis Double HEPA diperakui untuk menyahaktifkan sehingga 99.999% Varian Omicron SARS-CoV-2, virus Influenza A (H1N1), Koronavirus Manusia (HCoV-OC43) dan mengurangkan bakteria, kulat hitam dan banyak lagi.

Dengan mod Auto yang menguji kualiti udara di pejabat secara berterusan, mengesan dan menghapuskan bahan pencemar, anda boleh yakin bahawa udara yang berada di ruangan pejabat anda bersih dan minda pekerja anda lebih sihat dan efisien.

Ketahui lebih lanjut dan dapatkan sebut harga untuk Lombok 3 untuk premis anda di sini.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Call Sekarang