
Kebanyakan orang susah untuk membuat pilihan jenis air yang terbaik untuk mereka kerana terlalu banyak yang ada di pasaran. Sudah kita tahu bahawa, minum air secukupnya dan kekal hidrasi mempunyai kebaikan kepada tubuh badan setiap manusia.
Pertama sekali, perlu kita sedari bahawa air berfungsi sebagai pelincir sendi, membawa nutrisi daripada makanan ke seluruh badan, menstabilkan suhu badan, melancarkan pencernaan, meningkatkan sistem metabolisme dan melancarkan peredaran darah.
Jadi, apakah pilihan air yang terbaik untuk mengoptimumkan fungsi air ini?

1. Air paip
Air paip adalah jenis air yang keluar terus dari paip rumah anda. Biasanya ianya dibekalkan dan dirawat oleh syarikat air negeri.
Kebanyakan orang menggunakan air paip untuk minuman, masakan dan membasuh pakaian kerana ia lebih murah dan senang didapati.
Air dari paip adalah air terawat dari syarikat pembekal air. Ia secara umumnya selamat untuk diminum tetapi apabila air terawat ini membekalkan air ke setiap rumah, ia melalui paip bawah tanah yang boleh tidak kita ketahui kebersihannya.
Ramai antara kita yang mengalami masalah air berkarat warnanya di rumah seakan teh ais mahupun milo ais!

2. Air botol bertapis di pasaraya
Ini juga menjadi pilihan ramai rakyat Malaysia kerana mudah didapati di mana-mana pasaraya dan sangat mudah untuk dibawa ke mana-mana. Ada syarikat penjual air botol ini mengakui air yang dijual ini hanyalah air paip yang ditapis. Isu besar disini adalah kos persekitaran, dimana pembuatan botol 1 liter ini menggunakan 3liter air.
Dan juga kos untuk menguruskan dan mengitar semula plastik adalah amat susah. Bermakna. botol yang telah anda gunakan ini mungkin akan memenuhi ruang di tanah kita dan paling teruk jika berada di dalam suangai dan lautan yang akan merosakkan persekitaran dan hidupan.

3. Air bertapis Nano
Terdapat lambakan syarikat pengeluar penapis air yang menggunakan sistem Nano ini yang menghasilkan air mineral bertapis. Perlu diingat sekali lagi fungsi air yang telah saya sebutkan di atas.
Mineral dalam air tidak memberi kesan yang besar kepada tubuh badan manusia, hanya kepada tumbuhan sahaja. Khasiat dalam 1 gelas susu bersamaan dengan 75 gelas air mineral. Mampukah kita untuk minum 75 gelas sehari?

4. Air bertapis Reverse Osmosis(RO)
Sistem tapisan Osmosis Berbalik ini selalu dilabelkan tidak sihat oleh beberapa pihak kerana sistemnya yang membuang segala mineral baik & tidak baik yang ada di dalam air. Tetapi ramai juga yang tidak tahu bahawa RO ini juga menapis segala kotoran & logam berat merbahaya yang terdapat dalam air tadi.
Air yang ditapis menggunakan sistem ini menghasilkan air yang sangat bersih dan tidak memudaratkan tubuh badan.
Jadi, apakah air yang terbaik untuk anda?
Apa yang saya boleh simpulkan disini, air yang terbaik adalah yang ditapis dan bersih dari segala jenis kotoran kerana faedah kesihatan yang terbesar dari penghidratan adalah datang dari air minuman itu sendiri tanpa mengira jenis airnya.
Ketahui cara memilih penapis air yang terbaik untuk anda sekeluarga.