Aku, Keluarga & Air Mineral Berbondong-bondong

Teringat satu ketika semasa saya bertugas menjaga booth Coway di Giant Batu Caves, saya menyapa sepasang suami isteri yang baru sahaja selesai buat bayaran di kaunter Giant. Kelihatan 3 kotak air mineral berada di dalam troli mereka.

“Assalamualaikum pak cik, mak cik, banyak betul tu beli air mineral, macam nak buat majlis kenduri je?”, saya berseloroh.

“Eh, takdelah dik ni air untuk buat minum je. Kebetulan mesin air kat rumah tu pun dah rosak. Jadinya, beli je la air mineral kat sini lagi jimat”, jawab mak cik tu.

“Oh yeke, saya pun macam ni jugak dulu makcik, tiap-tiap minggu dok ulang alik Giant beli 3 kotak air mineral, dah beli kena angkut pulak naik rumah tingkat 3, maklumlah rumah takde lift. Last-last saya pakai je Coway ni, jimat tenaga, elektrik dan duit juga”, jawab saya.

“Takpe makcik, mari saya terangkan serba sikit apa yang jimat kat penapis coway ni, alang-alang makcik ni orang pertama nak berborak dengan saya sepanjang 2 jam saya kat sini”. Lalu pasangan suami isteri ni pun datang hampir mendengar penerangan Yusof.

Makcik ni pun terangkan mereka tinggal berlima bersama anak-anak yang masih bujang, dah biasa sangat pakai penapis air cumanya susah nak percaya mana-mana penjual sebab selalu tertipu dek janji manis bulan bintang ‘scammer’ sebelum ni, sekarang ni beli air mineral 3 kotak buat ‘stock’ seminggu. Tak larat juga nak memikul banyak atas faktor umur.

Setelah puas dan jelas dengan penerangan berkaitan model bersesuaian dan kontrak Coway, akhirnya mereka sebulat suara setuju dengan memilih penapis air model Ombak sebagai ‘bibik Korea’ di rumah. Alhamdulillah sudah genap setahun mereka menggunakan Coway Ombak, tiada lagi keluhan sang suami dan ayah memikul kotak air yang berat, tiada lagi kegusaran habisnya stok air di rumah buat pasangan dan anak-anak.

Seronoknya bila dah merasai sendiri betapa mudahnya dan bergunanya penapis air dirumah. Jika anda mempunyai masalah yang sama macam pasangan suami isteri ini dan perlukan sesi konsultansi, hubungi Yusof sekarang biar saya bantu anda pula

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Call Sekarang