Beli Penulen Udara? Ini yang anda perlu tahu

Tips berguna dalam memilih penulen udara yang betul

Setelah sekian lamanya terperangkap dalam rumah angkara wabak Covid-19 yang melanda dunia, pembersih udara mungkin dapat membantu menjaga kualiti udara bahkan dapat memerangkap virus atau penyakit bawaan udara yang berlegar di ruangan udara rumah anda.

Terdapat banyak penulen udara yang dijual tetapi yang bagaimanakah sesuai untuk anda & keluarga? Yusof ringkaskan di artikel ini untuk membantu anda.

Tips Pantas Memilih Penulen Udara

  1. Kenalpasti sebab sebenar anda ingin menggunakan penulen udara supaya anda dapat memilih penulen udara fungsinya yang sesuai dengan sebab anda
  2. Kenalpasti tempat yang anda ingin letakkan supaya anda dapat pilih saiz yang sesuai
  3. Pilih penulen udara yang menggunakan HEPA filter standard yang tertinggi untuk sesuatu penulen udara.
  4. Kira kos penyelenggaraan dan penggunaan elektrik penulen udara supaya menjimatkan anda pada masa akan datang.

Masalah Sebenar Yang Perlu Diselesaikan

Langkah pertama dalam pemilihan penulen udara yang sesuai adalah dengan mengetahui apakah permasalahan yang ingin anda selesaikan di rumah. Adakah anda ingin mengurangkan alahan yang dialami ahli keluarga, masalah habuk yang banyak ataupun anda ada membela binatang peliharaan?

Setiap model penulen udara mempunyai kelebihan dan fungsi tersendiri dan mudah untuk anda buat pilihan bagi menyelesaikan masalah itu.

Ketahui Besar Ruang

Setelah anda mengetahui masalah yang perlu diselesaikan itu, anda perlu ketahui pula keluasan ruang yang anda ingin penulen udara itu bekerja. Penulen udara dengan Coverage Area yang kecil mungkin kurang berkesan jika diletakkan di ruang tamu yang besar, manakala penulen udara yang mempunyai Coverage Area yang lebih besar mungkin tidak sesuai diletakkan di dalam bilik tidur anak anda.

Kebanyakan penulen udara mempunyai ‘effective coverage area’ dalam metrik meter persegi;m². Jadi, anda boleh buat kiraan keluasan ruang dan bandingkan dengan penulen udara pilihan anda.

HEPA Filter Komponen Penting

Penulen udara secara amnya akan mempunyai 2 filter iaitu pre-filter yang bertugas untuk menapis partikel yang besar seperti habuk, bulu-bulu haiwan dan filter utama menapis partikel yang lebih halus.

Komponen penting yang perlu berada di dalam penulen udara adalah HEPA filter dimana “High-Efficiency Particulate Air” filter ini adalah standard yang disyorkan oleh EPA(Environmental Protection Agency) dan Persatuan Paru-Paru Amerika.

Filter HEPA ini dapat memerangkap 99.97% zarah yang sekecil 0.3mikron; virus dan bakteria mempunyai saiz sekecil itu yang tidak mampu dilihat dengan mata kasar manusia.

Sesetengah penulen udara mempunyai penapis tambahan, yang diperbuat daripada karbon atau arang yang diaktifkan, untuk memerangkap gas, sebatian organik yang tidak menentu (VOCs) dan  bau. Penapis tambahan ini dapat membantu jika di kalangan ahli keluarga anda seorang perokok atau anda mempunyai haiwan peliharaan dimana ia dapat menyedut bau-bau busuk tersebut.

Kos Penyelenggaraan & Elektrik

Setelah terpasang penulen udara, anda tidak boleh lagi selesa kerana anda perlu menyelenggara dan menggantikan penulen udara anda secara berkala secara berterusan.

Kos penggantian filter berbeza untuk setiap mesin. Ada yang mempunyai filter yang harganya sangat mahal tetapi mempunyai jangka hayat yang lama dan ada juga menggunakan penapis murah tetapi perlu ditukar secara kerap.

Selain itu, perlu anda ketahui beberapa pre-filters boleh dibasuh berulang kali, manakala penapis HEPA pula adalah jenis pakai buang  dan mesti diganti yang baru jika tamat tempohnya. Sebelum anda membeli penulen udara, kira dahulu kos setahun untuk selenggara mesin. Ada juga syarikat pengeluar yang menawarkan servis dan penukaran filter percuma secara berkala kepada anda seperti Coway Malaysia.

Penulen udara akan lebih efektif apabila ia beroperasi setiap masa 24 jam sehari, jadi anda juga akan perlu fikirkan faktor penggunaan elektrik. Kebanyakan penulen udara hanya menggunakan elektrik dalam jumlah yang kecil malahan kebanyakan mesin sekarang mempunyai Mod Eco dimana mesin penulen udara akan bekerja dengan menggunakan elektrik yang minimum.

Kesimpulan

Tidak semua penulen udara sesuai untuk anda. Kenalpasti dahulu permasalahan yang perlu diselesaikan, kira keluasan ruangan yang anda ingin letakkan penulen udara tersebut, pilih penulen udara yang menggunakan HEPA filter dan jimatkan kos selenggara dan elektrik anda.

Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan atau permasalahan berkaitan penulen udara, boleh tekan gambar di bawah untuk sesi konsultansi percuma bersama Yusof.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Call Sekarang