beza storm & lombok3 dari segi features fizikal penggunaan

Beza Storm & Lombok 3 Dari Segi Features, Fizikal & Penggunaan

Dalam entri yang lepas Yusof ada share perbezaan penapis udara Coway Storm & Lombok secara general tapi untuk entri kali ini Yusof nak share apa beza dua penulen udara Coway iaitu Lombok 3 dan Storm ini dari segi features, fizikal dan penggunaannya bagi memudahkan anda pilih mana yang sesuai based on penggunaan anda.

Jom kita lihat mana yang best!

FILTER

Untuk model Storm ia hanya menggunakan 4 filter manakala Lombok 3 ini pula menggunakan 6 filter. Kedua-dua penulen udara ini menggunakan filter terpenting yang memang wajib ada pada sesuatu air purifier iaitu HEPA filter. Kelebihan kepada model Lombok 3 kerana ada filter RBD Plasma dan juga Anti Catalyst Filter dimana filter ini membantu menapis dan menyahaktif gas-gas merbahaya & kuman yang beterbangan dalam udara.

Beza jumlah filter antara Storm & Lombok 3

BLOWER

Untuk blower udara bersih pula, model Lombok 3 hanya ada di bahagian belakang sahaja iaitu ke arah atas manakala Storm ada 2 iaitu ke atas dan ke hadapan. Di sini kelebihan pada model Storm kerana ada blower ke arah hadapan dimana fungsinya sama macam kipas. Tiupan angin yang dijamin bersih dan segar sejauh 6meter dapat dirasai jika menggunakan Storm.

Arah tiupan udara bersih Storm & Lombok 3

ARAH SEDUTAN

Model Lombok 3 mempunyai 3 arah sedutan iaitu bahagian depan dan juga belah tepi kiri dan kanan manakala Storm pula hanya ada 1 arah iaitu di belah hadapan.

COVERAGE AREA

Untuk coverage area pula Lombok 3 dan Storm masing-masing boleh cover secara effective sehingga 49.5m2.

CONTROL PANEL

Bagi control panel pula, masing-masing menggunakan one touch panel yang mesra pengguna dan mempunyai banyak mod yang boleh dipilih.

Control panel Storm & Lombok 3

INDICATOR

Untuk indicator pula Lombok 3 menggunakan 2 sistem detection which ada nombor disini yang menunjukkan level fine dust disekeliling mesin dan indicator warna menunjukkan tahap pencemaran gas. Bagi Storm pula ia hanya menggunakan indicator warna sahaja untuk menunjukkan tahap pencemaran udara di rumah.

Indicator Storm & Lombok 3

FIZIKAL

Dari segi fizikal pula, model Lombok 3 mempunyai ketinggian 69.3cm dan lebar 47.6cm, manakala Storm mempunyai ketinggian 76.5cm dan lebar 41.0cm. Memang cantik kalau diletakkan dimana ruangan pun.

KESIMPULAN

Jadi untuk simpulkan, model Lombok 3 ini menanglah dari segi features. Jadi sebab itu harga dia lebih mahal sedikit dibandingkan dengan Storm tapi apa yang anda perlu tahu yang function Lombok 3 pun lebih baik daripada model Storm ni.

So, yang mana lebih sesuai untuk anda?

Anda kena tanya dulu diri sendiri, kenapa anda kena pakai penapis udara ni?

Baru mudah nak decide. Kalau masih confuse, boleh terus hubungi Yusof dengan tekan butang di bawah untuk sesi konsultansi Percuma.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Call Sekarang