karpet-punca-sakit

Karpet Salah Satu Punca Anda Jatuh Sakit?

Pemilihan karpet atau permaidani yang betul akan menambahkan keselesaan malah menaikkan lagi seri di dalam rumah. Ia juga boleh menjadi penebat dan kehangatan tambahan semasa waktu cuaca sejuk. Tetapi perlu diingat bahawa ia juga boleh membahayakan kualiti udara rumah anda dengan memerangkap bahan pencemar dan alergen dan mengeluarkan volalite organic compounds(VOC) berbahaya ke udara.

Syurga alergen(pencetus alergi)

Karpet atau permaidani boleh membahayakan udara dengan memerangkap pelbagai alergen dan patogen seperti hama habuk, spora, habuk, bulu dan kulit mati haiwan peliharaan yang boleh mencetuskan reaksi alahan. Di samping itu, gas merbahaya yang beterbangan di udara boleh melekat pada zarah-zarah kecil yang menetap ke dalam karpet dan boleh terbang semula ke udara semasa aktiviti harian, seperti berjalan atau baring di atas karpet.

Pelepas VOC

Bahan-bahan dalam karpet seperti pelapik dan pelekat atau gam juga boleh melepaskan VOC dan bahan zarah merbahaya. Pelekat yang digunakan untuk melekatkan karpet ke lantai sering mengandungi benzena iaitu VOC yang sangat berbahaya. Kesan kesihatan daripada bahan-bahan ini boleh menyebabkan sakit kepala, pening dan gejala-gejala lain.

Menjaga kesihatan rumah anda

Penjagaan dan proses pembersihan karpet adalah sangat penting untuk mengelakkan dari berlakunya kesan kesihatan yang tidak diingini seisi keluarga anda. Anda perlu vakum beberapa kali seminggu dengan penapis HEPA, dan membersihkan permaidani anda sekali setahun menggunakan pembersihan stim kering. Juga, perlu dielakkan untuk meletakkan karpet di bilik mandi dan laluan masuknya kerana ia akan sering lembap dimana mungkin memerangkap kulat. Dan anda juga boleh mengawal kualiti udara di dalam rumah tanpa risau dengan penapis udara yang menggunakan HEPA filter seperti Coway Storm atau Coway Lombok 3  dimana ia boleh membantu menapis dan menyahaktif kuman, virus merbahaya serta bakteria di dalam ruangan udara rumah anda.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Call Sekarang