Kepentingan Menukar Filter Penulen Udara Anda Tepat Pada Masanya

Kekalkan prestasi penulen anda

Pembersihan secara konsisten pre-filter setiap 2 bulan, dan penggantian filter-filter penulen udara anda secara berkala tepat pada masanya boleh melanjutkan umur mesin anda. Ini kerana setiap filter mempunyai jangka hayat yang berbeza dan jika dijaga rapi mampu mengekalkan prestasinya sehinggalah tarikh luputnya.

Mengekalkan udara yang lebih bersih

Servis dan penukaran filter penapis udara penulen anda akan dapat memastikan udara yang lebih bersih, segar dan sihat. Ianya sangat penting bagi kanak-kanak, orang tua dan mereka yang mungkin mengalami alahan, asma atau yang mudah dapat jangkitan penyakit bawaan udara. Filter yang tersumbat sangat merbahaya kerana ia boleh mengeluarkan semula debunga, habuk, dan partikel berbahaya dan bukannya membersihkan udara.

Menjimatkan wang

Selain daripada melindungi penulen udara anda daripada mengalami kerosakan, servis dan penukaran filter secara konsisten juga boleh menjimatkan kos operasi. Filter yang kotor akan menyebabkan mesin anda terpaksa menggunakan lebih banyak tenaga berbanding penulen udara yang baru dan bersih, bermaksud penggunaan elektrik yang lebih tinggi.

bilakah masanya untuk menukar Filter penapis udara saya?

Jika anda pengguna penulen udara Coway, anda secara automatik akan dapat servis setiap 2 bulan secara konsisten dan khidmat penukaran filter berkala secara percuma. Anda tidak perlu risau kerana semua kerja-kerja ini akan dilakukan oleh CODY(Coway Lady) yang dipertanggungjawabkan untuk menjaga rapi produk anda. Best bukan?

Lihat senarai penulen udara Coway di sini

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Call Sekarang