Berikut adalah tempoh kontrak Coway jika anda memilih untuk sewa beli produk.
MINIMUM KONTRAK
Tempoh minimum bagi sewa beli produk Coway adalah selama tiga(3) tahun dari tarikh pemasangan. Sekiranya pelanggan ingin membuat ‘early termination’ dari tempoh minimum kontrak, pihak Coway akan mengenakan penalti iaitu sebanyak 50% dari jumlah baki miminum kontrak yang tinggal.
Formula Caj Tamat Kontrak Awal
Contoh : Produk penapis air model Villaem II (RM120 bulanan)
Tempoh kontrak minimum : 36 bulan
Tempoh kontrak dah pakai : 26 bulan
Model & bayaran bulanan : Villaem II – RM120
Early termination fees = ((36bulan – 26bulan) * RM120) * 50%)
= RM1200 * 50%
=RM600 sahaja
Jadi, RM600 ini adalah anggaran kasar bayaran penalty jika pelanggan ingin membuat pemulangan awal dari tempoh minimum kontrak.
MAKSIMUM KONTRAK
Jika pelanggan berpuas hati dan merasakan produk Coway yang digunakan memberi manfaat kepada mereka, pelanggan boleh meneruskan pembayaran sehingga tamat tempoh kontrak iaitu sehingga bulan ke 60 (5 tahun) dan status produk akan bertukar menjadi hak milik pelanggan.
Kesimpulan
KONTRAK SEWA BELI PRODUK COWAY = (3 tahun minimum) + ( 2 tahun untuk jadi hak milik)
= 5 TAHUN
Ingin mendapatkan konsultansi PERCUMA berkaitan produk Coway? Tekan gambar di bawah untuk terus Whatsapp Yusof sekarang