Air yang dijerang vs air yang ditapis untuk minuman – ia sebenarnya adalah pilihan yang mudah untuk dibuat. Keluarga anda layak untuk dapatkan yang terbaik; jadi ia sentiasa jalan yang yang bagus untuk dapatkan maklumat sebanyaknya untuk buat keputusan yang tepat. Penulis akan menerangkan lebih mendalam tentang perbezaan keduanya supaya anda boleh buat keputusan untuk invest sebuah penapis air atau meneruskan rutin normal anda dengan menjerang air dan meminumnya.
Apa yang terjadi apabila kita jerang air untuk minuman
Setelah meletakkan cerek di atas api untuk mendidihkan air, inilah yang sebenarnya berlaku kepada air apabila anda merebusnya. Menurut WHO, air yang mendidih akan membunuh bakteria dalam masa seminit jika ianya melebihi 65 darjah Celsius. Tetapi bahan cemar, yang biasa terdapat dalam air tidak akan disingkirkan dalam proses air mendidih.
Proses ini juga menghilangkan rasa semula jadi air dan meninggalkan air yang mempunyai bau busuk dan rasa hambar. Air mendidih memakan masa dan tenaga. Setelah air mendidih, ianya juga akan mengambil masa untuk air menjadi sejuk. Selain semua ini, apabila air berada dalam tekanan tinggi mineral semula jadi akan hilang dalam proses ini. Penyejatan air tidak dapat dielakkan dalam proses pendidihan. Oleh itu seiring dengan kualiti air, kuantiti air pun berkurangan.
Ramai orang terpaksa mengambil air masak setiap hari. Ia mempunyai faedah tertentu kepadanya. Ia menawarkan kehangatan badan semasa sejuk. Walaupun tiada apa-apa yang berkesan sekiranya sakit tekak atau selsema, minum air masak menghilangkan kesesakan dan melegakan. Tambahan pula, kajian menunjukkan bahawa pengambilan air masak meningkatkan penghadaman. Tetapi walaupun dengan semua ini dan lebih banyak faedah yang dimiliki oleh air masak, seseorang masih memerlukan penapis air dalam setiap isi rumah.
Anda mungkin tertanya-tanya mengapa? Berikut ialah gambaran ringkas tentang perkara yang diharapkan apabila anda minum air yang telah ditapis.
Apakah yang berlaku apabila air ditapis dengan efisien?
Bagaimanakah penapisan air yang efisien menjejaskan kualiti air? Sekiranya air mempunyai sebarang bau yang tidak menyenangkan, atau rasa busuk; penapis air akan menapis dan menghilangkannya. Oleh kerana 99.99% bahan cemar disingkirkan dengan berkesan dalam proses penapisan, maka air yang ditinggalkan rasanya sangat sedap.
Penapis air adalah pilihan mesra alam kerana dalam kebanyakan penapis air tidak ada pembaziran air dalam prosedur penapisan. Ianya lebih mudah diselenggara dan lebih menjimatkan poket anda.
Jadi, secara ringkasnya air yang ditapis lebih sihat, sedap dan bau yang lebih sedap. Dan anda boleh mendapatkan semua ini dalam masa yang singkat. Tetapi dengan sistem penapisan air yang tidak terkira banyaknya, bagaimanakah seseorang itu akan menggunakan penapis air terbaik untuk rumah mereka? Di situlah Coway, penapis air no 1 di Malaysia dapat membantu anda.
Coway berbangga kerana telah menjadi menyediakan keluarga dengan akses kepada air minuman bersih sejak 1989. Dengan Research & Development yang dilakukan oleh pakar air kami, penapis air kami menambah baik rupa, bau dan rasa air paip dengan menapis sehingga 99.99% bahan cemar biasa , menapis bakteria, logam berat dan zarah menjadikan air yang diminum selamat & bersih. Coway telah menjadi penapis air pilihan untuk 3 juta isi rumah di Malaysia.
Lihat senarai penapis air yang terbaik untuk rumah anda disini