Mendapat perkhabaran yang kurang baik dari seorang sahabat, ibunya baru menghembuskan nafas terakhir Rabu yang lepas. Arwah ibu beliau ada satu mesin penapis air di rumah atas nama arwah. Risau betul sahabat Yusof ini sebab mesin masih dalam kontrak, takut-takut amalan tergantung disebabkan hutang.
Jadi, apa yang perlu anda lakukan jika berlakunya kes sebegini?
Jangan risau, ini perkara yang anda perlu buat jika berlakunya kematian:
Waris hanya perlu telefon ejen yang uruskan order anda dahulu atau mana-mana ejen Coway atau talian khidmat pelanggan Coway Careline di 1-800-888-111 untuk memaklumkan tentang kematian pelanggan.
Apa nak dibuat dengan mesin dekat rumah arwah tu?
Waris ada 2 pilihan:
1. Waris sambung bayar produk
Jika waris buat keputusan untuk menyambung baki kontrak si mati, waris perlu memaklumkan kepada pihak Coway untuk buat penukaran nama pemilik asal kepada waris. Ini bertujuan untuk memudahkan urusan pada masa hadapan antara pihak Coway dan pelanggan.
2. Tamatkan kontrak
Jika waris tidak ingin menyambung kontrak si mati, waris boleh sahaja tamatkan kontrak produk tersebut. Hanya perlu sediakan sijil kematian pelanggan kepada pihak Coway. Technician Coway akan datang ke rumah untuk ambil semula produk dan dengan itu secara sah terbatallah kontrak sewa beli antara si mati & pihak Coway.
Boleh ke bayar penoh coway selepas 1 thn
boleh