Penapis air Coway banyak sangat bazir air

Baru-baru ini Yusof dapat soalan dan keluhan daripada customer. Begini soalannya:

Nak tanya sikit. Mesin coway ni satu je masalah dia. Setiap kali mesin isi air kat tank, tanpa kita sedar kita buta-buta buang air paip kita. Saya baru perasan. Lagi banyak kita guna air coway lagi banyak air paip yang kita buang. Mohon Yusof respon. Takkan diaorang tak tau hal ni??? Patut la bil air melambung.๐Ÿ˜‘๐Ÿ˜ค๐Ÿคจ

JAWAPAN:

Untuk mesin yang menggunakan sistem Osmosis Berbalik(RO)

Yes memang akan ada air yang dibuang
Sebab kita gunakan teknologi reverse osmosis (contoh model Villaem 2, Core, Ombak, Glaze, Neo Plus)

Macam Mana RO ni berfungsi?

Air akan ditolak masuk kedalam membran penapisan

Hanya molekul H2O (air) sahaja yang akan berjaya melalui membran itu.

Molekul selain H2O akan dikeluarkan contohnya seperti karat, klorin, logam berat, kuman, bakteria dan lain-lain

Boleh baca bagaimana Reverse Osmosis berfungsi https://en.wikipedia.org/wiki/Reverse_osmosis

Sistem lain pula?

Berbeza dengan sistem yang lain, kotoran akan tersangkut di dalam sistem penapisan selepas proses tapisan dilakukan contohnya sistem nanotrap (model Neo, Kecil, Harry)

Banyak mana air yang akan dibuang keluar pula bergantung pada 2 perkara:

1) tahap kebersihan air kawasan perumahan
2) tekanan air kawasan perumahan

Lagi kotor air maka lagi banyaklah air yang akan dibuang.

Lagi rendah tekanan maka banyak juga air yang terbuang kerana tekanan tidak cukup kuat untuk tolak semua air untuk melalui membran RO tersebut dan menyebabkab penapisan tidak dapat berlaku dengan kadar yang optimum.

Faktor bil air atau bil eletrik meningkat pula sebenarnya dari faktor penggunaan kita juga.

Kadang-kadang kita tidak perasan yang kita dah banyak gunakan air untuk memasak dan minum bila dah duduk di rumah

Which is a good thing kan?
Minum air pun mesti 8 gelas sehari kan?
Doktor yg pesan

Sebelum ni mungkin kita cuma minum pada waktu pagi dan malam sahaja. Masak pun terhad.

Sekian sahaja pandangan dari saya. Jika ada sebarang pertanyaan bolehlah hubungi Yusof dengan tekan gambar di bawah

18 thoughts on “Penapis air Coway banyak sangat bazir air”

  1. askm… tuan… maaf ….nak tanya apa sensor yg digunakan dalam menentukan tahap tekanan dan kekotoran air dalam menentukan air buangan mula berfungsi. tkasih.

    1. waalaikumsalam tuan. untuk penapis air yang menggunakan sistem Osmosis Berbalik (RO) sahaja yang ada air buangan.

      Berbalik kepada soalan tuan, air buangan tidak ditentukan oleh sensor. Sistem RO akan menapis kotoran/partikel melalui air juga,

      jadi semasa proses penapisan, partikel yang tidak dapat melepasi membran di dalam filter RO, lagi banyak lah air yang buangan yang akan keluar.

      Harap penjelasan saya dapat membantu tuan.๐Ÿ˜Š

      1. Salam tuan, coway villaem di rumah mak sy x dpt diguna hingga 2 hari kerana tekanan air rendah, ada x pilihan produk laen yg sesuai..

        1. jika tekanan air rendah, boleh gunakan tapisan yang kurang halus daripada sistem RO iaitu sistem nano filtration. Model yang gunakan nano filtration adalah model Coway HARRY.

          jika masih mahu gunakan model Villaem, saya sarankan tuan pasangkan booster pump

  2. Salam tuan, bolehkah air buangan coway tu disimpan untuk mencuci pinggan mangkuk dan lain2 bukan untuk diminum atau dimasak

    1. Waalaikumsalam. Boleh tuan, air buangan boleh disimpan untuk kegunaan cuci pinggan mangkuk atau boleh juga untuk jadi air siraman pokok. Tapi tidak dibolehkan untuk kegunaan masakan atau untuk diminum

  3. The duration of water disposal from the mechine is quite high. I am afraid this situation will reflect in the water bill where I will have to pay higher amount. Please explain.

    1. hi sir, the amount of water disposal is based on the quality of the water source. the more dirty/bad the quality of water, more disposed water will be produced. But if you think the amount of water disposal is out of ordinary for a long period of time, you can lodge a report so that our technician will come and take a look at your machine.

      Do contact me if you need to make a report. Yusof 0123322971

  4. Mohd jeffry bin ahmad

    Salam tuan..penapis villaem.sy ada masalah, air dalam tangki lambat naik ke tangki,sampai setengah tangki terus air tak naik lagi,air buang terus keluar..sy chek air keluar dekat filter membran x keluar tp air buang keluar.. Tukar filter baru pun sama ..apa masalah tu tuan..

  5. YB Awe Kelate cun

    Salam tuan
    Kenapa bila kita tukar filter RO yg baru.. Air lambat sangat nak keluar dari filter RO ke filter inno sense.. Kena tunggu berjam ke?

    1. Waalaikumsalam dan salam sejahtera tuan

      Filter RO umum diketahui menapis halus partikel dalam air sehingga 0.0001micron. Jadi, faktor tekanan air dari water source memainkan peranan kelajuan air masuk ke dalam tangki.

      Tapi kalau sebelum ini mesin tuan tiada apa2 masalah dengan tekanan air, tuan boleh buat laporan pada pihak Coway untuk juruteknik kami check semula mesin tuan.

  6. Aslmkm. Kalau mesin coway kita menggunakan penapis RO tu, bahagian outleh utk buang air tu kita buat valve dan tutup bagi air tak keluar, ada kesan tak?

    1. waalaikumsalam. mesin berkemungkinan akan rosak jika tuan buat begitu kerana sistem RO itu memang begitu cara penapisannya. walaubagaimanapun, tuan boleh gunakan air buangan itu untuk tujuan selain minum seperti siram pokok, cucian pinggan & sebagainya

Leave a Reply to Syah Cancel Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Call Sekarang