Adakah Penapis Udara ini seperti Aircond Atau Vakum?

Penapis Udara ni macam vakum atau aircond ke?

Dah ramai yang ada kesedaran pasal kualiti udara di rumah sekarang ini lagi-lagi semenjak PKP sejak dari March 2020 lagi.
 
Tapi masih ramai juga yang masih tak faham fungsi sebenar dan kenapa mereka kena pakai benda alah ini. Jom Yusof kongsikan sikit info apa sebenarnya fungsi sebenar penapis udara ni.
1. Sedut habuk & debu yang BETERBANGAN di udara bukan di LANTAI tau. penapis udara ni bukan vakum tuan puan
2. Sedut bau-bau busuk, hapak, masakan, rokok, spray nyamuk, minyak wangi. Senang faham apa segala bau busuk ke wangi ke dia sedut.
3. Sedut & tapis asap-asap rokok, fogging, masakan.
4. Paling penting ia akan sedut kuman, virus yang merayap di ruang udara rumah korang.
5. Dah habis sedut-sedut ni semua, dia akan keluarkan udara bersih dan circulate supaya udara lebih segar & bersih kat dalam rumah.
Jadi secara amnya penapis udara ini adalah alat yang digunakan untuk menghilangkan pencemaran, meningkatkan kualiti udara dan membersihkan udara. Ia menghalang penyebaran residu berbahaya atau alergen dan mencegah masalah asma atau alergi yang berkaitan dengan kualiti udara pada orang yang berisiko (kanak-kanak, orang tua, orang sensitif, dll.).
 
Penapis udara juga dapat digunakan oleh orang-orang yang tidak menghadapi masalah kesihatan tetapi mementingkan kualiti udara di dalam rumah bagi melindungi kesihatan mereka, rakan dan keluarga mereka.
 
Haa kalau anda dah sampai sini maksudnya anda dah faham serba sedikit apa & kenapa sebenarnya kita perlu guna penapis udara ni kan?
 
Masih tak faham? Jangan risau, tekan je gambar di bawah untuk Yusof terangkan & beri konsultansi secara PERCUMA kepada anda. 

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Call Sekarang