Umum diketahui bahawa setiap wanita yang hamil memerlukan diet yang seimbang dan berkhasiat, tetapi bagaimana pula dengan udara sekeliling yang mereka bernafas? Ada penyelidikan yang menunjukkan bahawa pencemaran udara, dalam dan luar rumah, boleh memberi kesan yang tidak elok ke atas perkembangan bayi pranatal.
Menurut artikel di WHO, kajian mendapati apabila wanita hamil terdedah kepada udara tercemar, mereka lebih cenderung untuk melahirkan pramatang, dan cenderung melahirkan bayi yang kurang berat.
Kesimpulan mereka: pencemaran udara akan menjejaskan perkembangan neuro, yang akan membawa kepada hasil ujian kognitif yang lebih rendah, memberi kesan negatif kepada perkembangan mental dan motor.
Artikel yang ditulis oleh UNICEF pula menyatakan bayi yang lahir dengan kekurangan berat akan berisiko mendapat penyakit diabetes, penyakit jantung dan tekanan darah tinggi apabila bayi membesar. Selain itu, kajian lain juga menunjukkan pencemaran udara akan meningkatkan risiko bayi yang dilahirkan dengan autisme atau asma dan masalah kesuburan pada lelaki dan wanita.
Jadi, langkah yang perlu diambil oleh wanita hamil untuk melindungi diri mereka dan bayi mereka daripada pencemaran udara adalah dengan mengawal kualiti udara di dalam rumah kerana pencemaran di luar rumah tidak dapat kita kawal sepenuhnya.
Pastikan udara di dalam rumah sentiasa bersih dan bebas bahan cemar seperti habuk/debu halus, VOCs, kuman, virus dan penyakit bawaan udara dengan menggunakan penulen udara HEPA seperti Coway Storm, Lombok 3, Breeze atau Tuba.