Produk Coway Tamat Kontrak : Apa Perlu Buat?

Penulis pasti rata-rata rakyat Malaysia sudah lama menggunakan produk daripada Coway sejak awal kemasukannya ke negara kita pada tahun 2006. Tidak kira produk mana pun dari segmen penapis air, udara ataupun lain-lain.

Jadi, setelah produk yang digunakan pelanggan sudah tamat tempoh kontrak (kebiasaannya untuk tempoh 5 tahun), pihak Service Coway Lady (Cody) tidak akan datang ke rumah lagi setiap dua bulan sekali untuk menjalankan servis sanitasi produk dan penukaran filter.

Begitu juga dengan penukaran alat ganti jika berlaku kerosakan, tiada lagi tanggungan daripada pihak syarikat.

Jadi penulis akan kongsikan pada kalian apakah option yang pihak pelanggan ada setelah produk sah jadi hak milik?

1. Renew Service Membership (SVM)

Pelanggan boleh perbaharui tempoh servis bersama Coway untuk tempoh 1 tahun atau lebih dimana pihak syarikat akan cover semula warranty, servis setiap 2 bulan dan penukaran filter secara berkala untuk mesin Coway anda. Boleh dapatkan quotation bagi harga SVM produk anda disini

2. Trade In Model Lama Kepada Yang Baru

Setelah produk menjadi hakmilik, anda boleh untuk trade in produk yang lama kepada model yang baru dengan harga yang lebih rendah daripada harga biasa.

Anda akan dapat mesin yang latest & design yang lebih cantik, ditambah dengan waranti, servis & penukaran filter berkala. Siap boleh dapat freegift cantik-cantik lagi. Dapatkan senarai model terbaru untuk program trade in di sini

3. Servis Sendiri

Bila produk dah jadi hakmilik, sudah tentu kita boleh buat ikut suka kita. Anda boleh servis sendiri, nak simpan je dalam stor atau sedekah pada orang. Cumanya, segala kerosakan atau permasalahan anda perlu tanggung sendiri. Tiada lagi tanggungan daripada pihak Coway baik dari kerosakan, servis mahupun penukaran filter kecuali anda sambung SVM macam penulis sebutkan pada point No. 1 diatas.

KESIMPULAN

Kesimpulannya, anda sebagai pengguna mempunyai pilihan setelah produk menjadi hak milik. Anda yang tentukan pilihan mana yang menguntungkan & memberi kebaikan pada anda tidak kira dari segi wang ringgit atau masa.

Jika anda memerlukan konsultansi berkaitan perkara ini boleh terus hubungi Yusof melalui Whatsapp

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Call Sekarang