Punca Air di Rumah Anda Keruh, Kekuningan atau Berbau

Pernah tak kita terfikir mengapakah air paip di rumah kita kadang-kadang berbau, ada masa kekuningan atau keruh seperti teh ais ikat tepi?


Harini Yusof akan kongsikan kepada anda apakah punca terjadinya masalah-masalah ini antaranya:

  1. Berlakunya gangguan operasi atau pencemaran sumber air mentah di loji rawatan air menyebabkan loji tidak berupaya untuk merawat air tersebut.
  2. Terdapat bendasing memasuki system paip bekalan air semasa kerja-kerja pembaikan paip pecah atau bocor seperti pasir atau lumpur.
  3. Perubahan tekanan dalam paip menyebabkan medapan di dalam paip terampai dan dibawa sekali bersama aliran air yang terawat ke kediaman atau premis pengguna.
  4. Tindak balas kimia yang berlaku antara bahan cemar air mentah seperti ammonia dengan klorin semasa proses rawatan air mentah yang menyebabkan air berbau.
  5. Selalunya, kemerosotan kualiti air mentah akan menyebabkan kandungan klorin lebih tinggi tetapi kualiti air masih mematuhi standard yang dibenarkan oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia(KKM) untuk proses rawatan.
  6. Dan yang terakhir, system paip dalaman rumah seperti paip dan tangki simpanan air serta penapis air yang tidak diselenggara secara berkala oleh pengguna menyebabkan perubahan warna dan bau.
Keadaan sebenar rupa di dalam tangki air yang lama tidak diselenggara

Haa, dah tau apa punca sebenar rendahnya kualiti air di rumah kita kan. Jadilah pengguna yang bijak, memang air percuma di muka bumi ini, tetapi untuk dapatkan air yang bersih, tidak salah untuk melaburkan sedikit wang dari poket anda demi kesihatan keluarga tercinta.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Call Sekarang