Tips Pilih Penapis Air Untuk Pertama Kali

Tahniah saya ucapkan kerana anda sememangnya prihatin terhadap kesihatan anda & keluarga. Dan juga pasti anda faham & tahu betapa pentingnya sumber air bersih untuk kegunaan seisi keluarga di rumah mahupun di pejabat.

Tetapi mungkin anda rasa tidak yakin atau perlu mempertimbangkan beberapa perkara sebelum membuat keputusan untuk beli penapis air yang berbaloi dan memenuhi kehendak anda supaya tidak menyesal di kemudian hari.

Iyalah, sekarang ini sudah terlalu banyak syarikat penapis air yang tumbuh bagaikan cendawan dipasaran dan pastinya mereka claim produk merekalah yang paling terbaik.

Saya pasti entri ini sedikit sebanyak akan membantu anda cara mudah & berguna untuk memilih penapis air sebelum membeli supaya anda rasa puas hati dan tidak akan menyesal nanti.

Tips 1 : Pengiktirafan Produk

Untuk dapatkan penapis air yang dijamin berkualiti, eloklah kita lihat kepada pengiktirafan yang ada pada produk keluaran syarikat/pengusaha penapis air ini. Antara aspek yang penting dalam memilih produk yang baik adalah produk & filternya diiktiraf/dijamin HALAL oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia(JAKIM), mendapat gold seal daripada Water Quality Association(WQA), diiktiraf selamat oleh National Sanitation Foundation(NSF) dan juga dijamin selamat oleh SIRIM.

Jika produk mereka mempunyai pengiktirafan sebegini, maka percayalah produk mereka sememangnya selamat digunakan & mempunyai tahap kualiti yang sangat tinggi.

Paling mudah untuk memilih syarikat mana yang terbaik adalah yang mana paling ramai orang guna.

Tips 2 : Spesifikasi Produk

Ramai di antara pembeli penapis air tidak langsung mengendahkan spesifikasi produk sebelum membeli kerana harganya yang murah & merasakan semua penapis adalah sama. Lihat spesifikasi produk sesebuah model itu terlebih dahulu seperti saiz tangki, system tapisannya, suhu air, penggunaan elektrik dan sebagainya kerana ini akan memudahkan anda di kemudian hari.

Mari kita lihat situasi ini untuk lebih jelas.

Encik Ahmad mempunyai isi rumah sebanyak 7 orang iaitu 4 orang dewasa, 1 remaja & 2 anak kecil. Ibu bapa Encik Ahmad suka minum air panas manakala beliau , isteri & anaknya gemar minum air sejuk dan untuk 2 anak kecilnya perlu menggunakan air suam untuk bancuhan susu.

SpesifikasiModel AModel B
Saiz Tangki11.3 liter5.8liter
Sistem TapisanOsmosis Berbalik(R.O)Nanotrap(Mineral)
Bilangan suhu4 (Suam, panas, sejuk, suhu bilik)3 (Panas, sejuk, suhu bilik)
Penggunaan elektrik270W-320W300W-380W
Penggunaan keluarga5-8 orang3-5 orang
Perbezaan spesifikasi antara 2 produk pilihan Encik Ahmad

Antara 2 perbandingan model penapis air ini, pilihan yang terbaik untuk Encik Ahmad adalah Model A kerana saiz tangkinya yang besar cukup untuk kegunaan 7 orang dalam satu masa, system penapisan yang paling halus & bersih iaitu RO, mempunyai 4 suhu dimana mempunyai air suam untuk mudahkan Encik Ahmad bancuh susu anak, air panas untuk kedua orang tuanya, air sejuk untuk kegunaan beliau, isteri & anak dan air suhu bilik untuk kegunaan lain. Kadar penggunaan elektrik pula rendah yang mana dapat lagi menjimatkan poket beliau.

Tips 3 : Harga & Promosi

Ya, saya faham anda juga menitik beratkan soal harga untuk sebuah pelaburan kesihatan ini. Sesudah anda pertimbangkan syarikat air yang mana dan produk yang mana, lihat pula pada harga & promosi yang ada. Kebanyakan syarikat/pengusaha penapis air sekarang memberi anda pilihan sama ada untuk membuat belian terus secara tunai ataupun sewa beli produk mereka dengan tempoh kontrak tertentu.

Terdapat ribuan produk dari serendah puluhan ringgit sehingga ribuan ringgit tetapi anda harus ingat bahawa setiap syarikat, produk & model mempunyai spesifikasi dan servis selepas jualan yang berbeza.

Pilihlah produk yang berbaloi dengan harga & spesifikasi supaya anda rasa sangat – sangat berpuas hati untuk menggunakan penapis air yang dibeli tanpa rasa terbeban membayarnya.

Tips 4 : Servis Selepas Jualan (After Sales Services)

Ini pun antara aspek paling penting di dalam pemilihan penapis air. Sesetengah syarikat penapis air bukan sahaja menjual produk mereka kepada anda tetapi juga memberikan servis selepas jualan untuk memastikan penapis air anda berada di dalam tahap yang selamat & terbaik untuk digunakan.

Antaranya yang anda boleh lihat adalah tempoh waranti, servis mesin berkala, penukaran filter, penukaran spare part & caj kerosakan. Ada yang menawarkan anda secara percuma kerana termasuk di dalam pakej dan ada juga yang anda perlu bayar secara add on jika anda perlukan khidmat tersebut.

Sekali lagi permohonanan saya, pilihlah yang betul – betul memberi anda keuntungan dan kepuasan.

Jika anda memerlukan konsultansi secara percuma tentang cara memilih penapis air boleh tekan gambar di bawah untuk Whatsapp Yusof

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Call Sekarang